Empat pelajar Malaysia kemalangan di Mesir

PETALING JAYA: Empat pelajar dari Malaysia dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jordan kelmarin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled, dua pelajar tersebut berasal dari Johor, Selangor (1) dan Wilayah Persekutuan (1).

Menurut beliau, mereka yang terlibat merupakan pelajar tahun pertama dalam bidang Fiqh wa Usul di Universiti Mu’tah, Jordan.

“Saya mendapat maklumat daripada Atase Pendidikan Johor di Kedutaan Mesir bahawa empat pelajar Malaysia dengan dua daripada dari Johor mengalami kemalangan di Jordan.

“Dua lagi pelajar yang terbabit dalam kemalangan jalan raya itu dari Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Dua pelajar Johor yang terbabit kemalangan itu ialah Muhammad Zakwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurllkanian@Zulkarnian,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Mohd Fared menzahirkan rasa simpati terhadap kejadian itu dan berharap semua pihak dapat mendoakan kesihatan serta keselamatan mereka yang terlibat.

Tambahnya, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan dan keperluan sewajarnya berdasarkan keadaan semasa.

Anda Mungkin Berminat