Enam buah rumah hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kebakaran berkenaan pada pukul 10.18 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota bersama dua jentera, sebuah jentera ‘Light Fire Rescue Tender’ (LFRT), satu ‘water tanker’ dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setiba di tempat kejadian, enam kediaman hangus dijilat api dan anggota bomba yang tiba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.
“Kebakaran tidak membabitkan mangsa dan setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Lapor Kosmo, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 11.09 pagi.
Baca juga: