HANYA dengan sekali lafaz, Erra Fazira akhirnya selamat menjadi suri hati usahawan Ezwan Zain pagi ini.
Dalam majlis tertutup yang sederhana tetapi penuh makna ini, antara yang menjadi perhatian ialah mas kahwin unik berupa sepokok bunga emas seberat 102 gram, tanda kasih dan penghargaan istimewa Ezwan atau pun dikenali Mr.E.
Majlis bersejarah itu berlangsung di Rinjani Majestic, Kg Melayu Subang, disaksikan keluarga terdekat dan rakan rapat kedua-dua mempelai. Majlis pernikahan telah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mohd Sabirin bin Noordin.
Selain mas kahwin, hantaran perkahwinan turut merangkumi persalinan emas, tas tangan, jam tangan dan kasut, semuanya disusun indah dalam talam, menyerikan suasana majlis yang berlangsung dalam nuansa elegan dan intim.
Pernikahan ini sekali gus menamatkan penantian para peminat yang mengikuti perkembangan hubungan Erra dan Mr. E sejak awal, serta membuka lembaran baharu buat primadona Malaysia itu selepas lebih sedekad hidup sendirian.
Tahniah diucapkan kepada Erra Fazira dan suami atas penyatuan yang penuh bermakna ini.
Baca juga:








