Facebook UAI tidak ‘ghaib’, alami isu teknikal

Oleh: Kamilia Ali

PETALING JAYA: Akaun rasmi Facebook milik pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau nama sebenar Zamrul Idrus, kini kembali aktif selepas tidak dapat diakses sejak 28 Ogos lalu.

Menerusi satu kenyataan, beliau memaklumkan bahawa laman Facebook rasmi miliknya kini boleh diakses semula bermula pukul 10.40 malam semalam (Khamis).

“Kami ingin menjelaskan bahawa masalah yang berlaku adalah sepnuhnya disebabkan oleh isu teknikal dan tidak ada kaitan dengan pihak ketiga.

“Kami berharap agar semua pihak dapat menghentikan segala spekulasi dan perspektif yang tidak tepat. Terima kasih atas sokongan semua,” katanya.

Sebelum ini, didapati seorang wargamaya mempertikaikan ketidakbolehan akses ke laman rasmi itu yang menggunakan nama Ustaz Hj Taufik UT.

Page Ustaz Azhar Idrus Official yg ada 2.7 Juta Followers dah hilang dari radar. Angkara siapa?? Mohon Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil bantu dapatkan semula. Jutaan orang dapat manfaat daripada page tersebut,” katanya.

Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI sebelum ini menyampaikan ceramah dengan gaya yang amat bersahaja dan menjawabnya dengan begitu berhemah serta pekat dari dialek Terengganu.

Pendakwah yang berumur 60 tahun itu begitu aktif menyampaikan ceramah yang penuh dengan perkara yang bermanfaat seiring dengan usaha meninggikan syiar Islam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat