Fahmi Persembah ONSA 2025 Kepada Agong

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima taklimat mengenai Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025) pada Isnin.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Seri Paduka Baginda, ONSA 2025 dipersembahkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Fahmi berkata, pelaksanaan akta itu bertujuan menjadikan internet lebih selamat untuk keluarga dan kanak-kanak melalui penetapan tanggungjawab jelas kepada platform dalam talian.

“Selain itu, ONSA 2025 memperkenalkan mekanisme pengesahan umur untuk mengehadkan kanak-kanak bawah 16 tahun daripada membuka akaun media sosial, sekali gus melindungi keselamatan kanak-kanak dan keluarga.” tulis hantaran itu.

Fahmi turut menekankan bahawa akta berkenaan juga bertujuan menangani isu akaun palsu yang mensasarkan Raja-Raja Melayu serta kerabat diraja.

Anda Mungkin Berminat