KOTA KINABALU: Polis mengesahkan penahanan pereka grafik, Fahmi Reza bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata Fahmi ditahan selepas hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Penampang petang Isnin.
“Ya, masih dalam siasatan (kes ini),” katanya ringkas, memetik Sinar Harian
Terdahulu, Jauteh dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah berkata lebih 30 laporan polis diterima di negeri itu terhadap aktivis tersebut melibatkan perbuatan menghasut.
Beliau berkata pihak polis menerima laporan bahawa Fahmi antara lain menampal karikatur melibatkan imej Tun Musa Aman yang bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11, di beberapa kawasan antaranya di Kota Kinabalu dan perkara lain melibatkan hasutan yang sedang disiasat.
Beberapa hari lepas tular video berdurasi 40 saat menunjukkan Fahmi yang berada di satu kawasan di Kota Kinabalu menampal karikatur itu dan dalam video tersebut tertulis perkataan Solidariti dengan rakyat Sabah yang melawan rasuah, melawan korapsi.
Baca juga: