Fahmi tepis tohmahan Nurul Izzah letak jawatan

PETALING JAYA: Tohmahan yang tular berkait Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR adalah berita palsu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil yang menafikan desas-desus itu.

Difahamkan, dakwaan mengenai peletakan jawatan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mula tular di media sosial awal pada Jumaat.

Nurul Izzah, anak kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipilih sebagai Timbalan Presiden parti bagi penggal 2025–2028 dalam pemilihan parti tahun lalu.

Dalam pemilihan PKR itu, Izzah menewaskan penyandang, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli, dalam pertandingan satu lawan satu dengan memperoleh 9,803 undi berbanding 3,866 undi.

Susulan kekalahan itu, Rafizi, yang ketika itu adalah Menteri Ekonomi, meletak jawatan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat