PETALING JAYA: Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, menzahirkan ucapan takziah kepada wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie Hisamudin yang meninggal dunia pada usia 30 tahun pada Rabu.
Dalam hantaran di laman Facebook pada Khamis, Fahmi menyifatkan Allahyarham sebagai pengamal media yang komited dan berdedikasi.
“Dunia kewartawanan menerima satu lagi khabar sedih semalam.
“Allahyarham juga pernah berkhidmat dengan FMT.
“Takziah kepada seluruh anggota keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Saya doakan agar kekal tabah dan sabar berdepan ujian dan kehilangan ini,” katanya dalam hantaran tersebut.
BERITA BERKAITAN: