Farhan wakili Anwar hulur sumbangan kepada pemandu PMO

PETALING JAYA: Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi menzahirkan keprihatinan terhadap pemandu Pejabat Perdana Menteri (PMO), Mior Muhamad Firdaus, yang dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Putrajaya baru-baru ini

Dalam kepadatan jadualnya, Farhan menziarahi Mior dan menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda sokongan serta dorongan untuk terus kuat menghadapi ujian.

“Syukur keadaan beliau kini stabil selepas rawatan doktor dan sedang melalui proses pemulihan. Kita doakan agar beliau segera sembuh dan kembali sihat,” katanya.

Menurutnya, kunjungan itu bukti kecil keakraban warga kerja di PMO sebagai sebuah keluarga yang saling menyokong ketika susah dan senang.

Sumbangan yang disampaikan diharap dapat meringankan beban Mior dan keluarganya sepanjang tempoh pemulihan.

Farhan turut menitipkan doa agar Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan berterusan kepada Mior sekeluarga.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat