Fattah belum sedia ‘lepaskan’ Fazura

Oleh: Kamilia Ali

SHAH ALAM: Penantian yang ditunggu-tunggu oleh peminat pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin apabila Mahkamah Rendah Syariah Petaling memutuskan sebutan semula kes akan diadakan pada 7 Oktober depan.

Fattah Amin, 34, menyatakan bahawa dia masih berpegang pada kata-katanya yang dia masih menyayangi Fazura.

“Saya masih berpegang pada kenyataan sebelum ini, saya masih sayangkan Fazura,” katanya selepas selesai perbicaraan di sini hari ini.

Sebelum ini, Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

Sementara itu, Fazura pula memilih pendekatan mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkannnya itu.

Terdahulu, pada 13 September lalu, fazura telah memfailkan cerai terhadap Fattah Amin di mahkamah sama.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3.

Anda Mungkin Berminat