Fenomena Aphelion Bermula Hari Ini, Bumi Paling Jauh Dari Matahari

PETALING JAYA: Mulai pukul 2.54 pagi tadi, dunia menyaksikan satu fenomena astronomi tahunan yang jarang disedari tetapi penuh makna, Aphelion, iaitu ketika bumi berada paling jauh dari matahari dalam orbitnya.

Menurut data dari NASA.gov dan Portal Astronomi Malaysia (MYSA), jarak antara bumi dan matahari kini mencecah sekitar 152,087,738 kilometer (km) berbanding jarak purata sekitar 150 juta km.

Walaupun katanya, perbezaannya hanya sekitar dua juta km.

“Walaupun kita tidak dapat melihat fenomena ini secara langsung, kesannya boleh dirasai, seperti suhu lebih rendah dari kebiasaan,” katanya.

Fenomena ini dijangka berlarutan sehingga Ogos dan walaupun kesannya terhadap suhu permukaan bumi adalah sangat kecil tetapi ramai melaporkan cuaca pagi dan malam yang lebih dingin daripada biasa.

Namun, pakar menjelaskan bahawa ‘kemiringan sumbu bumi’ bukan jarak dari matahari adalah faktor utama yang menentukan musim dan perubahan suhu.

Di Malaysia, cuaca sejuk pada waktu ini lebih berkait dengan angin monsun timur dari Australia yang sedang mengalami musim sejuk.

Anda Mungkin Berminat