Fokus Kerjasama Persekutuan-Negeri Demi Kebajikan Rakyat – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-148 di Bangunan Parlimen, dengan fokus utama memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Mesyuarat tersebut menekankan kepentingan penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama agar lebih tersusun dan berkesan.

“Mesyuarat kali ini menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri khususnya dalam penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama, lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau turut memberi penekanan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan memastikan setiap keputusan dan perancangan yang digariskan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang nyata dan dirasai secara langsung oleh rakyat terutamanya golongan yang memerlukan.

Anda Mungkin Berminat