Oleh: Farah Faizal
PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang yang baharu.
Pelantikan itu diputuskan dalam Mesyuarat PH Negeri Pahang baru-baru ini bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari yang telah memegang jawatan itu sejak tahun 2022.
Fuziah dalam perkongsiannya hari ini menyatakan beberapa perkara telah diputuskan dan akan dilaksana secepat mungkin.
“Kita mengharapkan keputusan keputusan yang dicapai ini disusuli terus dengan tindakan segera oleh setiap wakil parti yang hadir dalam memastikan gerak kerja sedia ada terus diperkemaskan dan dipereratkan komitmen bersama Kerajaan Perpaduan sedia ada ini sama ada di peringkat negeri mahupun pusat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Ujarnya lagi, mesyuarat juga berpandangan PH perlu diberi peranan dan pengiktirafan sewajarnya selari dengan Perjanjian Persefahaman penubuhan Kerajaan Perpaduan Pahang.