PETALING JAYA: Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Kongres Nasional Wanita Keadilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan berlangsung di Johor Bahru esok akan dirasmikan oleh Setiausaha Agung parti itu Fuziah Salleh.
Beliau memaklumkan bahawa diberikan tanggungjawab itu memetik Berita Harian.
Kongres terbabit sepatutnya dirasmikan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli namun beliau yang juga menteri ekonomi telah menghantar surat rasmi kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pendiriannya untuk tidak memenuhi undangan.
Dalam perkembangan lain, Fuziah berkata beliau akan menyentuh mengenai fokus PKR dalam usaha mengukuhkan parti sebaik pemilihan Majlis Pemilihan Pusat (MPP) selesai dalam ucapan perasmian nanti.
Menurutnya, beliau juga akan menekankan kepentingan peranan Pemuda dan Wanita PKR bagi memastikan parti terus diperkukuh dengan semangat kebersamaan.
“Saya akan menyentuh tema Kongres kali ini, ‘Kita KEADILAN’ supaya ia dijadikan roh dan pegangan AMK dan Wanita PKR, selain semangat perpaduan dan keperluan untuk kita merapatkan semula barisan selepas selesainya pemilihan MPP.
“Proses pengukuhan parti seperti yang dilakukan ketika Jelajah Pra Kongres perlu diteruskan bagi memastikan hubungan kita kembali bertaut dan bersedia menghadapi PRU16,” katanya.
Baca juga: