Gagal isytihar harta, Tun Daim didakwa di mahkamah hari ini

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin bagi berdepan tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu tidak mengistihakan harta.

Tokoh politik dan juga ahli perniagaan dengan nama sebenar Che Abdul Daim Zainuddin, 86, hadir dengan menggunakan kerusi roda dan ditemani oleh isterinya, Toh Puan Na’imah Khalid sekitar pukul 8.40 pagi.

Sebelum ini, Daim dalam kenyataan memberitahu, SPRM sudah mengambil keterangan dan memaklumkan bahawa beliau akan didakwa pada Isnin atas kesalahan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang juga kesalahan berkaitan dengan pendedahan aset.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan sudah mendapat kebenaran untuk mendakwa Daim yang memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991.

Bagaimanapun, ada masalah kesihatan perkara tersebut terpaksa ditangguh.

Pada 23 Januari lalu, isteri Daim turut didakwa di mahkamah sama atas kesalahan serupa, iaitu tidak mengisytiharkan harta seperti dinyatakan dalam lampiran A.

Antara harta yang terlibat seperti bangunan Menara Ilham, dua kereta Mercedez Benz dan beberapa kediaman serta aset di Bukit Tunku, Taman Tun Dr Ismail dan Pulau Pinang. – Awani

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat