Galakkan anak-anak belajar Matematik dan Fizik, bukan sekadar AI

ULASAN | Bulan lepas, saya lepak dengan seorang pemilik syarikat aplikasi (Apps) yang agak berjaya di Malaysia. Soalan yang saya tanya berkenaan kecerdasan buatan (AI)

“Bro, betul ke AI ini mengganggu industri programming ni? Maksud aku dari segi peluang pekerjaan, gaji dan sebagainya.”

Jawapannya memang betul. Dia bagitahu, tahun 2022 dia terpaksa bayar Junior Programmer dengan gaji permulaan RM3,000 tapi sekarang, dia buka RM2,000 sahaja. Kalau setuju, ambil. Kalau tidak, tiada masalah. Senior Programmer boleh minta AI tolong buatkan.

“Bro, pernah main Flappy Bird? Game tu, AI boleh buat tak sampai 10 minit pun. Nak coding raspberry Pi? Tutup mata saja.

Aku expect, gaji Senior Programmer pun akan terjejas lagi dua tahun. Worst case, esok lusa lah.

Bila dengar, saya agak terkejut sebab benda ini REAL. Saya ingatkan ianya sekadar hearsay di Internet tapi rupa-rupanya memang berlaku dan di Malaysia.

Jadi, adakah kena hantar anak belajar AI?

Mengikut ‘Bapa AI’ moden, Elon Musk (Tesla) dan Jenseng Huang (Nvidia), galakkan anak-anak belajar Matematik dan Fizik. AI berkembang dengan sangat laju dan agak mustahil untuk manusia mengikutinya.

Tapi kalau belajar perkara asas, walau dunia berubah bagaimana sekalipun, kita tidak akan ketinggalan.

Lagipun, AI consume pengetahuan dari apa yang kita masukkan. Dalam erti kata lain, AI hanya tahu apa yang sudah ada, dia tidak mampu buat new discovery. At least buat masa sekarang.

Jadi, tugas explore ilmu-ilmu baru ini masih diatas bahu manusia.

Bab belajar Matematik dan Fizik ini logik sebenarnya. Daya ingat lagi, sebelum Covid, ramai orang nasihatkan supaya hantar anak sambung belajar dalam bidang Programming.

Katanya skill yang tidak akan hilang, evergreen dan diperlukan pada setiap masa selagi ada manusia yang nakkan sistem.

Sekali, bila ChatGPT mula diakses oleh orang ramai, Junior Programmer mula hilang kerja.

Saya percaya, jika kita hantar anak-anak untuk mereka belajar tentang AI, masuk tahun kedua atau tahun ketiga, dunia sudah berubah dan mungkin skill itu tidak sah lagi.

Bukan tidak perlu belajar AI tapi untuk cipta satu course khas untuk AI bagi saya adalah tindakan yang sia-sia dek kerana silibus pasti tidak mampu ikut perederan zaman.

Oleh sebab itu, back to basic; Matematik dan Fizik. Ada dua asas ini, walau dunia berubah sekalipun, Insya Allah kita tahu nak buat apa.

***Penulis adalah pemilik restoran buffet halal dan sentiasa menulis mengenai isu semasa di media sosialnya

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat