Syawal merupakan bulan kemenangan bagi umat Islam terutama setelah sebulan mengerjakan ibadah puasa sepanjang Ramadan.
Selain Ramadan, Syawal juga merupakan salah satu bulan terbaik dalam Islam dan memiliki pelbagai manfaat dan kelebihan.
Salah satunya ialah mengadakan majlis kenduri kahwin atau acara jamuan makan, rumah terbuka dengan niat untuk memberi makan kepada tetamu.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mengadakan perkahwinan ketika perayaan Aidilfitri Syawal disunatkan jika diniatkan untuk mengikut dan mengambil keberkatan daripada perkahwinan Nabi SAW dan Saidatina Aisyah.
Muhammad Syamim, 29, turut berkongsi pengalamannya yang melansungkan pernikahan sambutan Hari Raya Aidilfitiri. Baginya, ia amat memudahkan dan menambah kegembiraan dalam keluarga.
“Sewaktu memilih tarikh perkahwinan, kami rasa tarikh bulan Syawal ini lebih cantik dan lebih menyenangkan saudara yang jauh untuk turut hadir ke majlis kami.
“Macam dua dalam satu, selepas selesai pergi open house (rumah terbuka) raya boleh makan nasi kenduri kahwin kami pula,” kata ketika dihubungi Malaysia Bangkit.
Jelas Syamim, walaupun pada awalnya tarikh pernikahan itu diragui oleh kedua ibu bapanya, namun akhirnya Syamim dan Isteri, Nur Athirah, sepakat memilih tarikh 13 April 2024 untuk disatukan.
“Alhamdulillah walaupun pada awalnya ibu ayah macam tak berapa setuju adakan perkahwinan pada hari raya, tetapi selepas mereka tahu yang perkahwinan pada Syawal ini adalah perkara sunnah, maka kami teruskan pernikahan kami pada bulan Syawal.
“Bulan Syawal ni bukan hanya untuk meraikan kemenangan kita berpuasa namun untuk menzahirkan kebahgiaan dan bila melansungkan pernikahan seperti menyambut kegembiraan yang berganda,” jelasnya lagi.
Untuk info, masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam menggangap Syawal sebagai bulan malang kepada pasangan yang ingin rumah tangga dan melarang untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Namun, demi membuktikan perkara itu merupakan kepercayaan syirik dan kepercayaan karut, Rasulullah SAW memilih untuk berkahwin dengan Saidatina Aisyah pada bulan Syawal.
Baca juga: