Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil maklum mengenai kesesakan luar biasa yang berlaku di Zon Motosikal Kompleks ICQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor baru-baru ini.
Difahamkan, kesesakan tersebut berlaku disebabkan masalah gangguan sistem M-Bike di kedua -dua laluan zon pemeriksaan motosikal masuk dan keluar.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, insiden gangguan sistem itu berlaku disebabkan kerja-kerja konfigurasi sistem yang sedang dilaksanakan oleh syarikat pengendali baharu yang dilantik bermula pada 29 Februari 2024.
“Pihak syarikat pengendali dan Jabatan Imigresen Malaysia sedang mengambil tindakan drastik bagi mengatasi gangguan tersebut dan dijangka gangguan dapat di atasi dalam masa terdekat.
“Justeru itu, bagi mengatasi masalah kesesakan di laluan motosikal, pihak JIM juga telah mengambil tindakan segera dengan mengaktifkan kaunter manual secara maksimum bagi membolehkan pemeriksaan di Zon Motosikal dilakukan secara manual sehingga isu gangguan sistem di atasi.
“Jabatan amat komited melakukan yang terbaik bagi memastikan masalah gangguan tersebut dapat dipulihkan dalam kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga: