Oleh: Hanim Nadia
PETALING JAYA: Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) menawarkan ganjaran RM5,000 kepada mahasiswa yang tampil memberi maklumat berhubung kematian beberapa ekor kucing di Universiti Malaya (UM).
Presiden PHM, Arie Dwi Andika berkata, laporan kucing-kucing tersebut mati digigit anjing liar adalah meragukan.
“Baru-baru ini, bangkai kucing ditemui dengan kaki dipotong dan perut terbelah di kawasan UM.
“Selang sehari kemudian, satu lagi bangkai kucing ditemui dengan kaki dipotong dan paha dilapah, menunjukkan kesan potongan yang mirip alat tajam,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, PHM percaya ada mahasiswa yang mengetahui kejadian sebenar dan menggesa mereka tampil dengan bukti dan membuat laporan polis.
Maklumat boleh disalurkan melalui hotline www.wasap.my/+601171245930 dengan jaminan rahsia.
PHM juga menggesa UM untuk menyiasat insiden ini demi menjaga imej universiti sebagai tempat melahirkan masyarakat bertamadun.
Pihak universiti disaran melakukan penyiasatan komprehensif termasuk mengenal pasti rakaman CCTV bagi mendapatkan bukti lanjut.
Baca juga: