Gaza makin tenat, Israel sekat sumber elektrik sepenuhnya

GAZA: Negara haram Israel semakin gasak menyekat bantuan kemanusian ke Gaza dengan menutup semua sumber elektrik sehingga menjejaskan rakyatnya.

Israel pada Ahad mengumumkan bahawa semua bekalan elektrik yang disalurkan ke Gaza akan diputuskan

“Memutuskan bekalan elektrik di Semenanjung Gaza serta-merta,” kata Menteri Tenaga Israel, Eli Cohen.

Tindakan Israel menyekat kemasukan bantuan ke Gaza menjejaskan kawasan Palestin dengan kedai roti ditutup dan harga makanan melambung manakala pemotongan elektrik menyebabkan penduduk tidak mendapat bekalan air bersih.

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata, keputusan untuk menghentikan bantuan kemanusiaan mengancam nyawa orang awam yang menderita akibat perang ‘kejam’ selama 17 bulan.

Dalam perkembangan sama, Al Jazeera yang berada di lapangan memaklumkan, Israel telah mengenakan sekatan bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza bagi memaksa Hamas membebaskan lebih ramai tawanan serta mahu mengelakkan peralihan ke fasa kedua yang mengakiri perang secara kekal.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat