Gaza masih kritikal kebuluran – PBB

Oleh: Tyah Helmi

GAZA: Keadaan di Gaza masih lagi berada di tahap amat membimbangkan sekali gus menepis pengumuman sebelum ini mengisytiharkan bahawa Gaza sudah mengakhiri era kebulurannya pada Ogos lalu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wilayah Palestin itu kekal dikategorikan dalam fasa kecemasan dari segi bekalan makanan.

Inisiatif Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC), iaitu gabungan pemantau yang ditugaskan oleh PBB bagi memberi amaran awal mengenai krisis kemanusiaan, memaklumkan bahawa tiada kawasan di Gaza kini diklasifikasikan sebagai mengalami kebuluran.

Menurut IPC, meskipun status kebuluran telah ditarik balik, kira-kira 1.6 juta penduduk Gaza masih dijangka berdepan masalah kekurangan makanan pada tahap krisis sehingga pertengahan April tahun depan.

Gencatan senjata yang bermula pada Oktober lalu berjaya menghentikan pertempuran, namun keadaan kekal rapuh apabila Israel dan Hamas terus saling menuduh melanggar perjanjian berkenaan.

“Susulan gencatan senjata itu, analisis terkini IPC menunjukkan peningkatan ketara dalam tahap keselamatan makanan dan pemakanan berbanding analisis Ogos 2025 yang mengesan kebuluran,” menurut kenyataan itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat