Satu program kempen yang akan dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu program ‘Kempen Geng Subuh Macam Jumaat’ bakal berlangsung di Masjid Bukit Aman dan Taman Botani Kuala Lumpur.
Program tersebut disokong penuh oleh PDRM dan akan diadakan pada hari Ahad, 4 Februari pada pukul 5.30 pagi.
Selain itu difahamkan DCP Datuk Ghazali Daud selaku Timbalan Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman sendiri akan menjadi imam bagi kempen tersebut.
Manakala, Yabang Khalifah sebagai bilal dan tetamu jemputan khas Mohd Affendi Mohamed Nor atau PU Fendi diundang sebagai penceramah bebas.
Yang lebih menarik lagi, program tersebut turut mengadakan aktiviti lain seperti ‘Fun Run’ bersama selebriti tanah air iaitu Alif Satar dan terdapat lori buah-buahan disediakan buat para perseta larian.

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran di Facebook PDRM, masyarakat dijemput hadir bagi mengimarahkan Masjid Bukit Aman dan menjadikan kempen tersebut sebagai satu perubahan ke arah yang lebih baik dan mengisi ruang rohani manusia.
“Jangan lupa untuk memenuhi ruangan media sosial anda dengan merakam momen menarik sepanjang program menggunakan hashtag di bawah,” katanya.
#GengSubuhMacamJumaatPDRM #PolisDirajaMalaysia #RoyalPoliceMalaysia #PDRM #RMP
Baca lagi: