SELEPAS kejayaan empat konsert mega sebelum ini yang mencipta sejarah hingga mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records serta kejayaan menembusi pentas antarabangsa di Singapura, kumpulan legenda KRU kini bersedia untuk persembahan terakhir mereka – GENKRU: The Finale.
Dengan tagline “One More Time…”, konsert ini dijangka menjadi penutup paling gah buat perjalanan muzik KRU yang selama ini menghiburkan jutaan peminat sejak era 90-an.
Antara bait lagu ikonik yang kembali menggema sebagai simbolik penutup ialah:
“Berikan keikhlasan, hatimu padaku… Oh tak sanggupku terus, hidup sebegini…” – memberi isyarat betapa The Finale bukan sekadar konsert, tetapi sebuah perpisahan penuh emosi.
Penganjur menjanjikan sesuatu yang lebih gila, lebih gempak, dan lebih pecah panggung berbanding siri-siri konsert sebelum ini. Ia sekali gus bakal mengukuhkan lagi legasi KRU sebagai antara kumpulan paling berpengaruh dalam industri muzik tanah air.
Pengumuman rasmi mengenai tarikh dan lokasi bakal dibuat tidak lama lagi. Peminat setia diminta untuk bersiap sedia kerana tiket dijangka menjadi rebutan sebaik sahaja jualan dibuka.
Adakah anda sudah bersedia untuk The Finale?
#genkru #thefinale #onemoretime #kru #kruposse
Baca juga:








