Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Satu sesi bual bicara ‘podcast’ yang diperkenalkan oleh Gerakan Media Merdeka (GERAMM) menampilkan beberapa finalis daripada pelbagai latar belakang pengamal media di GerakBudaya, Petaling Jaya hari ini.
Bual bicara yang membincangkan isu ‘Diskusi Rentas Tembok Dunia: Di sebalik ‘Headline’.
GERAMM menampilkan tiga finalis iaitu Pengacara ‘Podcast’ terkenal dari negara seberang Indonesia iaitu ‘Bocor Alus’, Hussein Abri Dongoran yang berkongsikan kisah liku-liku perjalananya menjadi figura wartawan membocorkan segala hal politik Indosesia sehingga mendapat intimidasi dari pihak luar.
Manakala, finalis yang kedua pula membabitkan penerbit dan pengacara terkenal ‘Podcast Jangan Pajak Otak’, Liyana Marzuki menceritakan kehidupannya sebagai figura yang mendedahkan segala fakta di sebalik isu-isu semasa negara bagi mendepani penyebaran naratif-naratif negatif oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Manakala finalis ketiga pula memaparkan wartawan veteran yang juga pengacara buat Podcast Tanah Berdaulat iaitu Syahril A. Kadir pada ketika itu berkongsikan rentetan kehidupannya sebagai pengamal media yang lari daripada norma kerja 9 hingga 5 yang mana beliau begitu komited mahu mendedahkan segala laporan berita di sebalik pelbagai kekangan serta cabaran yang beliau lalui.
Bual bicara turut membawakan isu-isu kebebasan media, konflik di sebalik laksana penyebaran berita dan proses membawa isu-isu semasa ke mata penonton menerusi platform ‘Podcast.
Baca juga: