KUALA LUMPUR: Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) yang dilancarkan hari ini dijangka memberi impak besar kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI) di negara ini.
Dengan penglibatan syarikat gergasi antarabangsa seperti Google, Microsoft, Toshiba, YTL, Amazon Web Services (AWS), dan Global AI Village, Malaysia kini berada di landasan kukuh untuk memacu agenda teknologi tinggi.
Hari ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Google melabur RM9.4 bilion (USD2 billion) untuk pusat data dan awan, selain melancarkan program AI di Tempat Kerja untuk Perkhidmatan Awam’ bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.
“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat memperkasakan perkhidmatan awam dengan teknologi AI generatif untuk memenuhi keperluan rakyat dengan lebih cekap,” kata Pengarah Negara Google Malaysia, Farhan Qureshi.
Selain itu, Microsoft menyasarkan untuk melatih 800,000 rakyat Malaysia dalam bidang AI menjelang 2025 melalui inisiatif AI untuk Masa Depan Malaysia’ (AIForMYFuture) dengan pelaburan USD2.2 billion.
“Kami komited untuk membangunkan bakat tempatan dalam AI bagi memastikan Malaysia mampu bersaing dalam ekonomi digital global,” kata Pengarah Urusan Microsoft Malaysia.
YTL juga dengan agenda membangunkan model bahasa tempatan, ‘ilmu 0.1’, yang mendapat pengiktirafan tinggi, serta menyumbang RM20 bilion (USD4.5 billion) untuk pembangunan AI di Malaysia.
Dalam pada itu, syarikat Toshiba memperkenalkan teknologi Ramalan Cuaca AI bagi menyokong projek pertanian pintar di Kedah, membantu petani merancang aktiviti dengan lebih efisien.
Jelasnya, teknologi ini mampu meramalkan cuaca dengan lebih tepat, sekaligus menyokong usaha pertanian pintar di kawasan Muda.
Amazon Web Services (AWS) merancang pelaburan USD6.2 billion sehingga tahun 2038, dengan fokus kepada membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendigitalkan perniagaan mereka melalui lebih 200 perkhidmatan dan penyelesaian AWS.
Dan Global AI Village menyuntik pelaburan RM215 juta (USD50 juta) dalam tempoh lima tahun untuk mewujudkan lebih 450 pekerjaan kejuruteraan AI berkemahiran tinggi di Malaysia.
Untuk info NAIO, yang berada di bawah seliaan MyDigital Corporation, memainkan peranan penting dalam menggubal polisi yang sesuai dengan perkembangan AI.
Pelancaran NAIO ini dijangka mengukuhkan ekonomi digital, meningkatkan perkhidmatan awam, dan menyumbang kepada pembangunan mampan negara.
Langkah ini turut memperlihatkan Malaysia bersedia menjadi hab utama teknologi AI di rantau Asia Tenggara.
Baca juga: