GIBS Tiada Kaitan Dengan GISBH

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Gabungan Profesional Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) menegaskan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Dalam satu kenyataan GIBS memaklumkan, GIBS merupakan gabungan profesional yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di Selangor.

Menurutnya, gabungan tersebut tidak merujuk kepada mana-mana entiti atau organisasi lain.

“GIBS ingin memaklumkan kepada semua pelanggan, pengunjung dan orang ramai bahawa kami tiada kaitan dengan GISBH yang berbeza nama singkatan.

“Kami berharap dengan penjelasan ini, sebarang kekeliruan dapat dielakkan.

“Terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan anda kepada GIBS dan GIBS Ecotourism Resort Sdn Bhd (GIBS Eco),” katanya menerusi kenyataan.

Anda Mungkin Berminat