Google didenda $20 decilion

MAHKAMAH Rusia mendenda syarikat Google sebanyak AS$2 ‘decillion’ (RM8.73 ‘decillion’) kerana menyekat saluran media rasmi negara itu di Youtube.

Agensi berita negara Tass melaporkan, Google berhutang kepada kerajaan Russia sebanyak AS$2 ‘decillion’ yang mempunyai 36 angka sifar.

Jumlah itu jauh melebihi nilai syarikat itu, yang antara terkaya di dunia, sebanyak $2 trillion.

Malah, ia jauh lebih besar ketimbang keluaran dalam negara kasar (KDNK) seluruh dunia yang dianggarkan sebanyak AS$110 trillion.

Denda ini mencapai tahap yang sangat besar kerana ia meningkat dengan cepat sepanjang masa.

“Google telah dibicarakan oleh sebuah mahkamah Russia untuk liabiliti pentadbiran di bawah Artikel 13.41 Kod Kesalahan Pentadbiran kerana memadamkan saluran pada platform YouTube,” kata seorang peguam, Ivan Morozov.

Menurutnya, mahkamah Russia mengarahkan Google memulihkan semua kandungan itu.

Menurut Morozov, keputusan itu menetapkan bahawa jika Google tidak membayar denda dalam tempoh sembilan bulan, jumlahnya akan berganda setiap hari.

Keputusan itu juga menetapkan bahawa Google akan dibenarkan kembali ke Russia hanya selepas mematuhi keputusan mahkamah.

Google tidak membalas untuk mendapatkan komen berhubung keputusan tersebut.

Anda Mungkin Berminat