GSF 3.0 Akan Diteruskan, Aktivis Tekad Pecahkan Kepungan Gaza

SEPANG: Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) akan diteruskan menerusi siri ketiga bagi memecahkan kepungan Israel terhadap Gaza.

Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, tarikh pelaksanaan GSF 3.0 akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Insya-Allah penghujungnya kita akan merobohkan dan menghancurkan kerajaan Zionis yang semakin rapuh menerusi GSF 3.0 yang bakal dilaksanakan pada tarikh yang akan dikongsikan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Kepulangan Aktivis GSF 2.0 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, malam tadi.

Menurutnya, misi pelayaran GSF 2.0 tidak boleh dianggap gagal walaupun berlaku pemintasan oleh pihak Israel kerana ia berjaya menarik perhatian serta kecaman masyarakat antarabangsa terhadap tindakan rejim tersebut.

“Dalam tempoh 10 hari selepas pemintasan pada 29 April, sebanyak 20,000 artikel dalam talian berkaitan Palestin dan GSF telah dikongsikan di seluruh dunia.

“Selepas insiden itu juga, jumlah individu yang bercakap mengenai Gaza meningkat sebanyak 537 peratus melibatkan 60 negara dan 94 peratus daripadanya merupakan laporan positif,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 12 negara turut menyatakan kecaman terhadap tindakan Israel yang didakwa melanggar undang-undang hak asasi manusia ketika aktivis cuba menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat