‘Guard’ warga asing didakwa berat sebelah, aniayai peniaga tempatan

Oleh Nadhirah Akmam

KEBANJIRAN warga asing sebagai pengawal keselamatan sebenarnya menyusahkan rakyat Malaysia, kata pengguna media sosial, Airaniez62.

Katanya, suaminya pernah dihalau ketika mengedar risalah reka bentuk dalaman di sebuah kawasan perumahan yang dikawal pengawal keselamatan warga asing.

“Suami saya edar ‘flyers’ kat perumahan baru, tapi kena halau dengan geng-geng mereka yang jadi guard. Sekali baru-baru ni, elok saja geng warga asing ini masuk kawasan kami tawar servis potong rumput. Siapa bagi mereka masuk?” soalnya di Threads baru-baru ini.

Tambahnya, kejadian sama turut berlaku ketika dia sedang memeriksa kecacatan rumah pelanggan di sebuah kondominium apabila didatangi warga Pakistan yang menawarkan perkhidmatan langsir secara terus ke unit rumah.

Katanya, kejadian itu menimbulkan persoalan bagaimana individu berkenaan boleh memasuki kawasan kediaman yang dikawal ketat tanpa halangan daripada pengawal keselamatan.

“Saya bukan nak banding rezeki, tapi bila rakyat kita susah nak cari makan, warga asing pula senang-senang masuk tawar servis, rasa tak adil. Semoga Allah permudahkan rezeki rakyat Malaysia,” ujarnya.

Seorang lagi pengguna media sosial, afza_adn turut bersetuju dengan luahan itu.

“Saya rasa warga asing ini bayar kat pengawal keselamatan. Senang-senang je mereka boleh masuk ke kawasan kediaman tertutup.” katanya di ruangan komen.

Isu warga asing menjalankan perniagaan dan perkhidmatan di kawasan perumahan bukan perkara baharu, malah sebelum ini turut dibangkitkan oleh beberapa pihak yang menuntut pemantauan lebih ketat daripada pihak berkuasa tempatan dan pengurusan kediaman.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat