Tiga wanita warga Thailand dikenakan denda banyak RM1,000 selepas polis dapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk menjual kerepek di Batu Pahat, Johor, minggu lalu.
Tertuduh, Sadiyoh Chesoh, 60, Masuenah Yumae, 48 dan Nimah Naema, 66, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.
Berita Harian melaporkan ketiga-tiga tertuduh didakwa melanggar syarat pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai penjual kerepek di hadapan bank di daerah Batu Pahat dan Bukit Pasir.
Bank yang menjadi lokasi penjualan mereka beroperasi termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN) dan CIMB bank di Jalan Rahmat, Batu Pahat dan Maybank di Bukit Pasir.
Sekitar pukul 8 malam pada 22 Januari lalu, polis menjalankan pemeriksaan terhadap semua yang tertuduh dan mendapati mereka melakukan kesalahan terbabit.
Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk siasatan lanjut.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, dengan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Tertuduh membuat rayuan untuk memohon mahkamah supaya mengenakan denda minimum kerana perlu menanggung keluarga di negara mereka.
Susulan rayuan terbabit, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 keatas semua yang tertuduh dan mengarahkan mereka dipenjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Baca juga: