Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Bergurau senda secara melampau juga adalah satu bentuk gejala buli.
Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, perbuatan seperti itu tidak boleh sewenang-wenangnya dikompromikan malah didiamkan atas alasan gurauan.
“Apakah kita hendak menunggu sehingga kecederaan kekal mahupun kematian baru hendak bertindak,” katanya.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa, Asyraf Wajdi menggesa Polis untuk bertindak segera dengan tegas terhadap kumpulan institusi pengajian tinggi (IPT) yang melaksanakan kekerasan fizikal menerusi gurauan melampau kepada pelajar.
“Harap pihak polis dapat segera bertindak dengan tegas.
“Semua pelaku juga wajib didakwa agar menjadi pengajaran penting buat semua,” ujarnya.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan beliau, dilihat lima pelajar sekolah bertindak memegang kaki dan tangan seorang pelajar lain sebelum menghayunkan tubuh mangsa hingga bahagian kelangkangnya terhentak pada tiang papan tanda.
Asyraf Wajdi dalam ruang komen hantaran tersebut turut menjelaskan bahawa ia merupakan sebuah kes buli yang membabitkan pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Miri, Sarawak.
Manakala, Kementerian Belia Sukan (KBS) memaklumkan bahawa menerusi siasatan awal pihaknya mendapati insiden telah berlaku pada 19 September 2025 di IKBN Miri sekitar jam 4.30 petang.
Ujar KBS, IKBN Miri hanya menerima laporan menerus media sosial pada 22 September 2025 dan terus mengambil tindakan siasatan segera termasuklah dengan menjalin kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Baca juga:








