H๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐˜ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ป โ€œ๐—›๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—”๐˜‡๐—ฎ๐—บ ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ถโ€ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜‚ – ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ ๐—ธ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Tindakan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang mengheret rakyat menyertai Himpunan Tangkap Tan Sri Azam Baki baru-baru ini disifatkan sebagai melampau.

Pengerusi Biro Pekerja Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, tindakan itu menimbulkan persoalan yang jelas kerana melibatkan rakyat dalam isu yang berunsurkan permainan politik.

โ€œRafizi Ramli mengheret rakyat untuk bersama-sama beliau dalam demo menangkap Azam Baki.

โ€œ Ini sudah keterlaluan, kenapa pula nak mengheret rakyat? Kes ini asalnya yang membuatkan Rafizi melompat, meroyan, kerana kalah pemilihan kemudian dia nak heret rakyat dan mengikut kemahuan atau nafsu beliau,โ€ katanya.

Sani menegaskan, tindakan mengajak rakyat turun berhimpun adalah tidak wajar malah berpotensi mencetuskan keadaan yang huru-hara dan tidak harmoni kepada negara.

Kata beliau, Rafizi telah menunjukkan satu imej yang buruk buat diri sendiri walaupun menyatakan itu adalah demi kebaikan rakyat yang pada hakikatnya adalah dibuat untuk nafsu dirinya sendiri.

โ€œDia inilah orang-orang yang dianggap orang-orang yang mengkhianati rakyat yang sebenarnya,โ€ katanya.

Terdahulu, Rafizi dan wakil NGO mengajak orang ramai turun beramai-ramai ke Himpunan Tangkap Azam Baki yang akan berlangsung pada 25 April ini.

Ujarnya, beliau akan terus membawa agenda melawan rasuah kepada rakyat dan menghantar isyarat jelas bahawa sebarang percaturan kuasa demi kepentingan tertentu tidak akan diterima.

Anda Mungkin Berminat