Haji Hadi tak layak jadi PM – Puad

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak layak menjadi Perdana Menteri sekalipun rakyat Malaysia mahukan Kerajaan Islam, dakwa Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, ia kerana Abdul Hadi sering mengeluarkan ‘fatwa’ yang berubah-ubah sekali gus memberi kesan kepada ekonomi dan pentadbiran.

Puad berkata demikian selepas Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik menamakan Abdul Hadi sebagai calon PM yang pada pandangannya mampu membawa wajah baru politik di negara ini.

“Inilah masalah PAS. Pendirian selalu berubah ubah. Ustaz Mokhtar Senik lupa, Haji Hadi sendiri kata amalan umum awal jawatan perdana menteri tidak ikut adab Rasulullah. Sekarang boleh umum pula.

“Itu sebab Muafakat Nasional gagal. Hari ini kata lain, esok kata lain. Silap haribulan PAS akan kata berkawan dengan Israel pun boleh seperti dulu PAS boleh berkawan dengan DAP.

“Sebab itu kalau pun rakyat Malaysia mahukan kerajaan Islam, Haji Hadi tidak layak jadi PM. Kalau fatwa pun boleh berubah-ubah, dikhuatiri dasar-dasar ekonomi dan pentadbiran juga cepat ‘flip flop’. Rakyat pening,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat