HAMILTON, Kanada: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa hampir 500,000 orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Menurut jurucakap PBB, Stephane Dujarric, rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal juga bergerak dari utara ke selatan, walaupun dalam jumlah yang lebih kecil.
Dalam sidang akhbar, beliau berkata, PBB dan rakan-rakan kemanusiaannya sedang meningkatkan tindak balas mereka di pusat pemantauan di sepanjang jalan.
Ini termasuk bantuan pertolongan cemas dan sokongan psikologi bagi mereka yang paling terdedah seperti kanak-kanak, wanita dan orang tua.
“Orang di sana sangat memerlukan air, peralatan dapur, tempat tidur dan barang-barang pembersih,” katanya.
PBB juga sedang mengembangkan operasi bantuan di utara Gaza untuk membantu mereka yang paling terdedah.