Harga RON97, Diesel Turun 8 Sen Mulai 8 Mei

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing diturunkan sebanyak lapan sen bagi tempoh 8 hingga 14 Mei 2025.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, pelarasan harga itu dibuat berdasarkan perubahan semasa harga pasaran minyak global serta penetapan mingguan menerusi formula Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM).

Susulan penurunan berkenaan, harga runcit RON97 kini ditetapkan pada RM3.10 seliter, manakala diesel di Semenanjung turun kepada RM2.80 seliter.

Sementara itu, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah, iaitu RM2.15 seliter.

“Kerajaan terus komited memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 serta diesel berdasarkan pergerakan harga minyak global, di samping memastikan kestabilan harga demi kebajikan rakyat,” kata kenyataan itu.

Tambah kementerian, langkah penyelarasan ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk melindungi kesejahteraan rakyat dalam keadaan ekonomi semasa.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat