Hari Anti Dadah 2025: Dadah Musuh Negara, Bukan Sekadar Slogan

PETALING JAYA: Sambutan Hari Anti Dadah 2025 di Dataran Darulaman hari ini memperlihatkan iltizam kerajaan dalam membanteras ancaman dadah yang kekal sebagai musuh nombor satu negara.

“Kita tidak akan berkompromi. Ini bukan sekadar acara simbolik, tetapi medan perjuangan nasional,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan.

Saifuddin berkata, lebih RM480 juta telah diperuntukkan bagi memperkukuh operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan tambahan RM500 juta lagi akan dipohon untuk pusat-pusat pemulihan seluruh negara.

Beliau turut mendedahkan bahawa lebih 80 peratus bekalan dadah diseludup masuk melalui laluan laut. Justeru, aset Maritim Malaysia akan ditambah bagi mempertingkat kawalan dan rondaan.

Saifuddin turut menyeru kepimpinan negeri, terutamanya Kerajaan Negeri Kedah, agar berganding bahu menangani masalah penagihan dadah, tanpa mengira ideologi politik.

Menjunjung titah Sultan Kedah, beliau juga menyarankan agar masjid dan khutbah Jumaat dijadikan platform berkesan untuk menyampaikan mesej pencegahan dadah kepada masyarakat.

“Jangan biar bunga manggar jadi penutup cerita. Biar ia jadi pembuka gerakan nasional membanteras dadah,” tegasnya lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat