Hari Belia Negara: Kerajaan wujud pelbagai inisiatif beri manfaat

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara (HBN) hari ini kerajaan terus memperkasa pelbagai inisiatif bagi meluaskan peluang pembangunan belia, termasuk dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), keusahawanan, ekonomi hijau dan ekonomi digital.

Perkara itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa ia memberi kepada anak muda untuk mampu bersaing serta bersedia memimpin perubahan masa depan.

Kata Ahmad Zahid, Hari Belia Negara yang diraikan hari ini merupakan manifestasi penghargaan kerajaan terhadap peranan dan sumbangan besar golongan belia dalam pembangunan negara.

“Saya yakin bahawa belia hari ini adalah pencorak masa depan.

“Teruslah melangkah dengan yakin dan menyumbang dengan penuh semangat kerana masa depan negara amat bergantung kepada keberanian dan kebijaksanaan kalian,” katanya.

Sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada tahun ini bertemakan ‘Yakin Boleh’ di samping dipenuhi dengan pelbagai pengisian di seluruh negara khas buat golongan belia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat