Hari Keputeraan Agong: Doa, Harapan Rakyat Bersama Tuanku – Anwar

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah penuh hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dalam satu kenyataan.

Anwar merafak sembah dengan penuh takzim, mendoakan kesejahteraan berpanjangan buat Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja.

“Semoga pemerintahan Tuanku terus berada di bawah naungan keberkatan dan menjadi payung kedaulatan negara tercinta,” katanya.

Beliau berkata, doa dan harapan rakyat Malaysia sentiasa bersama Tuanku, agar dilimpahi rahmat, taufik dan hidayah Allah Subhanahu Wa Ta‘ala dalam memimpin negara dengan penuh kebijaksanaan serta menabur jasa kepada rakyat.

“Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku,” kata Anwar menzahirkan kesetiaan serta hormat kepada institusi Diraja.

Anda Mungkin Berminat