Hassan beritahu Ambiga, ini bukan kerajaan diktator

Menghormati Ambiga Sreenavasen sebagai bekas Pengerusi NGO Bersih tetapi tuduhan bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diktator adalah salah.

Perkara tersebut ditegaskan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim bagi menyangkal dakwaan Ambiga ekoran cadangan kerajaan Madani yang mahu mengenakan syarat kepada syarikat-syarikat platform media sosial dari luar negara perlu ambil lesen mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Tegas Hassan, tuduhan terbaru Ambiga ini saya tidak bersetuju.

“Saya sebagai ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat yang menyokong kerajaan persekutuan sekarang walaupun sedar kerajaan ini ada kelemahannya di sana sini, amat yakin bahawa kerajaan ini bukan kerajaan diktator,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara alasan yang dikemukakan Hassan bagi menolak dakwaan Ambiga itu ialah kerajaan ini tidak pernah menggantung parlimen dengan mengisytiharkan darurat seperti yang dibuat Perikatan Nasional (PN).

Kerajaan ini juga kata, Hassan yang membahaskan laporan Suhakam, laporan Ketua Audit Negara dan laporan Jawatankuasa Kewangan Negara (PAC) Parlimen dibahaskan secara terbuka di Parlimen.

Beliau turut menyoal Ambiga bagaimana kerajaan ini diktator sedangkan persekutuan sekarang jadi diktator pada 6 Julai calon yang mewakili Parti Kerajaan persekutuan kalah teruk di PRK Sungai Bakap dan sebelumnya kalah di PRK Kemaman, Terengganu.

“Jadi, Please Ambiga! Berpada-padalah jika menuduh kerajaan persekutuan yang ada sekarang.

“Tegur dan kritiklah akan segala kelemahan kerajaan persekutuan ini. Teapi menuduh diktator itu terlalu berlebihan,” katanya yang menceburi politik sejak usia muda.

Dan tegasnya, yang kini berganjak ke usia emas yang memperjuangkan demokrasi menafikan bahawa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim ini diktator.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat