Oleh: Tyah Helmi
BEIRUT: Hizbulla takkan menyerah mahu pun melaksanakan gencatan senjata biarpun berdepan dengan tekanan dan ancaman berterusan daripada rejim haram Israel dan sekutu, Amerika Syarikat (AS).
Perkara itu ditegaskan oleh pemimpin kanan Hizbullah, Sheikh Naim Qassem ketika dalam ucapan pada Hari Ashura di hadapan ribuan penyokong di kawasan selatan Beirut.
Katanya, ancaman Israel tidak akan memaksa mereka untuk tunduk kepada kumpulan Zionis itu.
“Ancaman ini tidak akan menjadikan kami menyerah,” tegas beliau.
Difahamkan, ucapan berkenaan dilaksanakan sehari sebelum kunjungan utusan khas Amerika Syarikat, Thomas Barrack ke Lubnan.
AS dijangka memberi maklum balas rasmi terhadap permintaan antarabangsa agar Hizbullah melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
Pada masa sama, Iran turut ditekan dengan serangan bertubi-tubi oleh Israel di beberapa kawasan di selatan dan timur Lubnan, termasuk di Lembah Bekaa.
Manakala, satu laporan daripada Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) pada Ahad mengesahkan siri serangan terbaharu itu, sehari selepas seorang terbunuh dan enam lagi cedera akibat serangan udara Israel di selatan negara itu.
Baca juga: