‘Hongdae Guy’ dedah sisi gelap jalan terkenal Korea – ‘do you libe alone’?

Oleh: Tyah Helmi

GELOMBANG Hallyu bukan sekadar terletak pada populariti kumpulan muzik, penyanyi legenda, sensasi serta drama terkenal yang pecah panggung.

Namun, apa yang menjadi menggegarkan dunia ‘Hallyu’ ketika mana munculnya fenomena ‘Hongdae Guy’ yang kini menjadi trend yang tular di media sosial seluruh dunia.

Trend yang bergenre komedi dan jenaka itu memaparkan watak realiti golongan lelaki Korea Selatan khususnya di kawasan popular iaitu Hongdae yang terletak di Daerah Mapo, Seoul.

Seperti yang diketahui rata-rata lelaki Korea yang memenuhi jalan Hongdae sering mengambil kesempatan ke atas pelancong wanita untuk melakukan perkara tidak baik kepada mereka.

Dengan gelaran ‘Hongdae Guy’ yang dipopularkan oleh pempengaruh dari aplikasi TikTok, Sean Solo atau itsseansolo, menampilkan pendekatan yang berani untuk memikat wanita asing.

Difahamkan, watak itu juga menjadi simbol sindiran terhadap pemikiran misoginis dan stereotaip jantina yang masih wujud dalam masyarakat Korea.

Sean yang dikenali sebagai Hongdae Guy mula dikenali dan banyak melakukan kolaborasi bersama para pempengaruh tidak kira di Korea mahupun di seantero dunia.

Dengan penggunaan skrip yang menarik dan lawak, Sean berjaya menarik perhatian warga atas talian dengan tagline ‘open mindeu’ dan ‘Do you libe alone’ bersama naratifnya yang mengaitkan beberapa situasi kehidupan realiti warga Korea dan dunia telah menggegarkan lagi laman Tiktoknya dengan kehadiran peminat seantero dunia.

Susulan itu, para pelancong seluruh dunia menyifatkan bahawa Hongdae yang dahulunya terkenal sebagai pusat seni dan muzik, kini turut dikenali sebagai lokasi penuh warna dengan pelbagai gelagat unik, termasuk fenomena ‘Hongdae guy’ yang kini menjadi bualan ramai.

Lebih menarik lagi apabila fenomena itu turut mengejutkan rakyat Malaysia apabila Sean Solo menampilkan anak kepada penyanyi legenda negara, Zainal Abidin iaitu Timur Gabriel, dalam salah satu kolaborasi terbarunya.

Timur Gabriel yang kini dikenali dalam kalangan pengikut TikTok sebagai wajah Malaysia dalam trend ‘Hongdae guy’, telah mencuri perhatian ramai dengan penampilan bergaya dan kehadiran karismatiknya.

Kolaborasi antara Timur Gabriel dan Sean Solo bukan sahaja memperlihatkan keterbukaan budaya antara dua negara, malah menjadi bukti bahawa fenomena media sosial mampu merentasi sempadan.

Rata-rata warganet Malaysia menyambut baik penglibatan Timur dan berbangga melihat wakil negara dalam arus tular budaya pop Korea.

Hongdae, yang dahulunya terkenal sebagai pusat seni dan muzik, kini turut dikenali sebagai lokasi penuh warna dengan pelbagai gelagat unik, termasuk fenomena ‘Hongdae guy’ yang kini menjadi bualan ramai.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat