SHAH ALAM: Gara-gara hujan lebat melebihi tiga jam awal pagi ini mengakibatkan banjir kilat di beberapa daerah negeri ini iaitu Shah Alam, Kota Kemuning dan Klang.
Memetik traffic info crew, ramai yang terkandas dalam kesesakan jalan raya akibat air melimpah di Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya KESAS serta sekitar Shah Alam dan Klang dengan air naik paras lutut hanya dalam tempoh yang singkat susulan hujan lebat.
Tinjauan Malaysia Bangkit di media sosial pula mendapati ramai yang berkongsi beberapa keping gambar rumah mereka sudah dimasuki air terutamanya di Taman Sri Muda, Shah Alam yang kawasan perumahannya lebih rendah.
Baca juga: