Hujan lebat punca banjir kilat di Kuching

Hujan lebat melanda keseluruhan bandar raya ini sejak awal pagi Ahad menyebabkan beberapa kawasan kena banjir kilat.

Antara kawasan dilanda banjir kilat adalah kawasan pusat bandar raya, Matang Jaya, Tabuan serta beberapa kawasan di Batu Kawa.

Bagaimanapun, setakat ini tiada rumah penduduk terjejas apabila air hanya naik di jalan raya.

Turut terkesan akibat hujan lebat itu tapak Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya.

Difahamkan banyak khemah pempamer bocor akibat hujan yang terlalu lebat.

Keadaan cuaca buruk itu menyukarkan orang ramai untuk mengunjungi KJH Segulai Sejalai Sarawak yang akan berakhir pada Ahad.

Lapor Berita Harian, Majlis penutupan KJH Segulai Sejalai Sarawak yang berlangsung sejak Jumaat lalu akan diadakan malam Ahad.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat