Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Ibu bapa digesa untuk membuat rampasan secara terus kepada anak anak mereka yang memiliki bahan mercun merbahaya seperti mercun bola sebelum menyesal di kemudian hari.
Pegawai Perubatan, Zulkifli Mohamed Sharif berkongsikan nasihat tersebut di laman Facebooknya dan berkata, kesan letupan mercun terbabit bakal memberi kesan buruk iaitu beberapa cebisan plastik mercun itu dipercayai bakal tertanam di dalam kulit sehingga menyukarkan proses pembersihan dan perubatan.
“Dia kalau meletup kat kaki dan kita pakai seluar pendek …. cebisan plastik tu akan tertanam kat kulit.
“Dulu kita kena guna tweezer forcep untuk keluarkan satu-satu. Nak guna ‘local anesthetic’ pun tak guna sebab bersepah tempatnya,” jelasnya pada Jumaat.
Zulkifli turut memaklumkan terdapat kes yang terdahulu melibatkan kanak-kanak yang dikatakan membaling mercun bola terbabit dan kanak-kanak lain didapati menyambut mercun itu sehingga hancur tangannya.
Beliau menyifatkan kesan letupan bahan mercun itu boleh menyebabkan kegagalan anggota badan sehingga hilang fungsinya.
“Hancur daging kat tangan tinggal tulang aje ..dan punya kuat letupan tu darah pun kering.
“Kami (doktor) ‘refer’ ke ‘hand surgeon’ masa tu … tapi rasanya hilang tangan tu,” ujarnya.
Malah katanya, terdapat kes yang melibatkan bahan mercun yang sama menyebabkan individu mengalami kecacatan kekal di kornea matanya akibat terkena mercun bola yang merbahaya itu.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan untuk mengenakan dendaan terhadap mana-mana individu yang didakwa terlibat bermain mercun terbabit.
Baca juga: