PETALING JAYA: Sempena Hari Ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan yang tinggi terhadap kaum ibu yang dianggap sebagai tunjang utama dalam pembentukan generasi masa depan yang berakhlak, berilmu dan memiliki sikap belas yang tinggi.
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata, ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga tetapi turut memainkan peranan besar dalam membentuk masyarakat yang bermartabat dan madani.
“Ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga tetapi tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas yang tinggi beserta curahan bakti dan kasih sayang.
“Saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum ibu yang menjadi asas kepada lahirnya keluarga dan masyarakat yang bermaruah, unggul dan madani,” katanya.
‘Selamat Hari Ibu’ Malaysia Bangkit ucapkan kepada semua wanita hebat yang menjadi tunggak utama kepada kesejahteraan keluarga dan negara!