PUTATAN: Seorang wanita maut manakala anak lelakinya putus kaki akibat digilis kereta api.
Menurut laporan yang dikongsikan oleh Sabah Media, kejadian itu berlaku sewaktu mangsa yang berumur 24 tahun bersama anaknya berusia 11 tahun sedang melintas landasan kereta api di hadapan Kampung Petagas, hari ini.
Ketua Balai Bomba Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut sekitar jam 1.58 petang.
“Sebaik menerima laporan tersebut, seramai tujuh anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Putatan.
“Wanita yang juga ibu kepada mangsa -kanak tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan kepala, serta putus kaki.
“Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 dengan menggunakan Ambulans untuk menerima rawatan lanjut,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Penampang Superintenden Sammy Newton mengesahkan bahawa, kes itu masih dalam siasatan.
Baca juga: