Ismanira Dipenjara Lima Tahun Kesalahan Abaikan Zayn Rayyan

PETALING JAYA: (KEMAS KINI)Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, selepas didapati bersalah mengabaikan anaknya yang juga seorang kanak-kanak autisme hingga menyebabkan kecederaan fizikal dua tahun lalu.

Hakim Dr. Syahliza Warnoh menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, berusia 30 tahun, menjalani hukuman penjara bermula hari ini selain menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin warganegara tempatan serta cagaran sebanyak RM3,000.

Ismanira juga diarahkan menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Pada 21 Julai lalu, mahkamah memerintahkan Ismanira membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat