Iceland sebuah negara tanpa nyamuk, kelirukan saintis

ICELAND dikenali sebagai salah satu tempat atau kawasan yang bebas daripada nyamuk dan menjadikannya unik di kalangan negara-negara Scandinavia.

Keadaan ini telah mengelirukan saintis kerana nyamuk ditemui di Antartika yang merupakan benua paling sejuk di bumi tetapi tidak di Iceland.

Terdapat beberapa sebab mengapa nyamuk tidak wujud di Iceland. Pertama, iklim di Iceland yang sejuk dan sering berubah-ubah dengan cepat tidak menyokong kehidupan nyamuk yang memerlukan keadaan yang stabil dan hangat untuk melengkapkan kitaran hidup mereka.

Kedua, ketiadaan air bertakung yang berpanjangan di Iceland juga memainkan peranan penting kerana nyamuk bertelur di air bertakung.

Selain itu, komposisi kimia tanah dan air di Iceland yang terutamanya vulkanik dan mempunyai kandungan kimia yang rendah menyebabkan ianya tidak sesuai untuk pembiakan nyamuk.

Namun, para saintis masih menyelidik sebab-sebab lain yang mungkin tetapi faktor-faktor ini sudah cukup untuk menjadikan Iceland sebagai destinasi yang bebas daripada gangguan serangga tersebut.

Namun begitu, keunikan ini tidak menghalang pelancong untuk menikmati keindahan Iceland yang menakjubkan dari gunung berapi aktif, air terjun yang menawan hingga aurora borealis yang memukau.

Anda Mungkin Berminat