SELEPAS kejayaan luar biasa Konsert GenKRU yang menyatukan peminat era 90-an, kini giliran kumpulan ELITE pula yang menjadi tumpuan.
Munculnya akaun rasmi Instagram dengan nama @eliteofficialmy menimbulkan pelbagai spekulasi – adakah konsert reunion kumpulan wanita ikonik itu bakal direalisasikan?
Menambahkan lagi rasa ingin tahu, Penganjur Konsert terkenal Iman Tang turut berkongsi tangkap layar akaun rasmi tersebut di InstaStory miliknya, diiringi lagu klasik “Manisnya Senyumanmu” nyanyian Elite sendiri. Tindakan ini mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat dan penggiat industri muzik tanah air.
Sejak dimuat naik, akaun tersebut dilihat mengalami peningkatan pengikut secara mendadak, dengan beberapa posting awal memaparkan logo rasmi ELITE dan sedutan pentas persembahan. Malah, beberapa portal hiburan telah mula melaporkan tentang kemunculan akaun itu sebagai petunjuk kebangkitan semula kumpulan yang pernah mendominasi carta muzik tempatan.
Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh ahli kumpulan atau pihak pengurusan, ramai percaya ini merupakan langkah awal ke arah satu projek istimewa – mungkin Konsert Reunion ELITE yang dinantikan.
Jika benar, langkah ini bakal mengukuhkan lagi pengaruh Iman Tang dan Icon Entertainment dalam menghidupkan semula nostalgia muzik tanah air.
Baca juga: