Oleh: Haikal Tajuddin
TERIMA sambutan hangat, lima penyanyi solo bergabung dalam satu konsert mini demi penuhi hasrat 1,000 peminat yang mahukan gandingan comel itu.
DIbarisi Iman Troye, Dalia Farhana, Zubir Khan, Naim Daniel Dan Alya Mardien, kelima-lima mereka berjaya menyampaikan persembahan terbaik sehingga peminat tidak henti-henti menjerit setiap kali nyanyian selesai.
Dalia Farhana ketika ditemui selepas menyanyi berkata sangat gembira malam itu.
“Sejujurnya, saya sangat gembira apabila dipanggil dan berkumpul bersama artis-artis lain sebagai keluarga. Ini kali pertama kami dapat kongsikan karier kami kepada para peminat.
“Kalau dahulu, talent untuk XO House seorang dua sahaja, tetapi sekarang sudah berlima. Sememangnya mengujakan buat saya dan para penyanyi lain yang hadir,” katanya ketika temu ramah Malaysia Bangkit di Bentley Music Auditorium pada Sabtu.
Zubir turut menambah yang dia teruja dengan kolaborasi ini.
“Kalau diberi peluang. Kalau ada rezeki, kami ingin membuat lebih banyak konsert di masa hadapan,” tambah Zubir Khan.
Penyanyi terkenal, Iman Troye juga turut merakam kesyukuran yang tidak terhingga dan bangga dengan persembahan malam itu.
Sementara itu, Naim Daniel juga berterima kasih kepada peminat yang sangat ‘sporting’.
“Malam yang sangat luar biasa! Terima kasih banyak-banyak kepada semua atas sokongan dan tenaga para peminat yang hadir, menjadikan malam ini istimewa!,” katanya pada penghujung ‘House Party’.
Bukan sahaja persembahan dari barisan artis, penganjur turut melakukan pertunjukan fesyen dengan dipersembahkan oleh kelima-lima artis tersebut.
Baca juga: